Tuesday 13 October 2015

VAPE - Trend Remaja Masa Kini

Personal Vaporizer dikenal dengan pelbagai sebutan iaitu rokok elektrik, shisha elektrik, shisha pen. Personal Vaporizer telah mengalami perkembangan yang sangat jauh dari rokok elektrik yang kita kenal pada awal mula booming sekitar tahun 2008-2010. Isi dari Personal Vaporizer adalah alat dimana cairan e-liquid khusus diubah menjadi wap yang dapat dihisap, menimbulkan kesan seolah-olah kita sedang merokok. 

E-cig dan vape adalah dua benda yang sama, cuma berbeza dari segi saiz dan kelebihan modifikasi. Kedua-duanya berfungsi sebagai rokok elektronik yang biasanya digunakan untuk mereka yang ingin berhenti menghisap rokok.Tiada bahan yang dibakar semasa vapour menghisap vape, berbanding perokok yang harus membakar tembakau. Sebaliknya yang dihisap dan dihembus adalah wap dari cecair nikotin yang disimpan dalam rokok elektronik itu.Selain itu, e-cig lebih simple untuk digunakan tetapi bentuk dan kandungannya tak ada modifikasi. Sebab itu kini ramai beralih arah kepada vape kerana mahu kebebasan modified vape masing-masing.

-
Empat komponen utama dalam vape ialah tank, atomizer, liquid dan mod. Tank atau tangki adalah tempat penyimpanan cecair (liquid) yang akan menghasilkan wap apabila disedut dan dihembus. Atomizer berfungsi seperti "dapur" yang akan memanaskan e-liquid sehingga ia menghasilkan wap. Atomizer biasanya diganti tiga bulan sekali. Dalam atomizer terdapat lingkaran atau coil yang menggunakan benang filamen seperti bola lampu pijar atau mentol yang disebut sebagai wick dan akan habis terbakar jika terus menerus digunakan.

Mod paling ringkas ialah mechanical mod yang berbentuk seperti pen dan tidak memiliki fungsi dan komponen elektronik yang lain selain dari bertindak sebagai bateri atau sumber tenaga. Tetapi mod yang popular sudah tentulah box mod yang kebiasaan nya digunakan oleh remaja masa kini. Vape dalam pelbagai bentuk bersaiz sama seperti portable charger, itulah vape dengan fungsi box mod. Ruang ekstra yang disediakan dari bentuk kotak ini akan memberikan pengguna kebebasan untuk meletakkan fungsi tambahan seperti alat untuk mengawal wap, digital screen ataupun bateri tambahan. Secara ringkasnya, mod merupakan tempat simpanan bateri dan sumber tenaga untukvape. Vape menggunakan bateri tersendiri dan ia penting sebagai sumber tenaga kerana tanpa bateri, vape tidak akan berfungsi. Bateri vape yang dipilih harus bersesuaian dengan keseluruhan vape yang digunakan, iaitu jumlah miliampere (mAH) danamperage (A). Semakin besar mAH, semakin lamalah vape boleh digunakan.







.







E-liquid atau juga dipanggil e-juice ialah cecair yang akan menghasilkan wap yang disedut dan dihembus oleh vapourE-liquid disimpan di dalam tangki dan terdiri dari empat bahan utama iaitu air, Propylene glycol (PG) atau gliserin nabati (VG / Vegetable Glycerin), nikotin dan pemberi aroma/perasa/bumbu/flavoring. Dengan kata lain, rasa "sedap" yang dinikmati mereka yang menghisap vape ini semuanya datang dari e-liquid. Pelbagai perisa boleh didapati di pasaran. Antaranya perisa milo ais, sirap dan sebagainya.

Rokok elektronik mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Rokok elektronik atau e-Cigarette merupakan pilihan alternatif bagi menggantikan rokok sebenar. Bukan sahaja langkah 'tukar' ini mampu memberi manfaat pada diri sendiri malah orang-orang yang berada disekeliling, akibat kesan pelbagai kandungan bahan-bahan yang merbahaya dalam rokok sebenar yang mengancam kesihatan. Ini adalah satu cara yang sihat dan selamat menikmati rokok. Ia menghindar atau kurangkan kesan sampingan. Rokok elektronik juga tidak mengaratkan gigi dan menghitamkan bibir. Rokok elektronik mengandungi nikotin yang tidak membahayakan kesihatan kerana ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia seperti CARCINOGENS, TEMBAKAU, TAR, KARBON MONOKSIDA, SISA ABU, BAU BUSUK. Tiada kesan terhadap Smoke Detector (pengesan asap) oleh kerana E-Cigarette hanya mengeluarkan wap air yang seakan-akan asap sebenar. Variasi perasa (dunhill, marlboro dll ) seperti rokok sebenar dan menjimatkan wang sehinga 80% sebulan. Kebaikan lain rokok elektronik ialah mengurangkan atau menghentikan terus kadar pengambilan rokok sebenar. Selain itu, ia boleh menikmatinya ketika memandu kerana tidak perlu buka tingkap. Tiada masalah menghisapnya di ruangan berpenghawa dingin. Menghisap di tempat awam atau tempat larangan merokok juga tidak menjadi masalah. Baju tidak lagi berbau rokok dan bau mulut tidak lagi busuk. Selain itu,  Electronic-Cigarette (rokok elektronik) juga sesuai dibuat cenderahati untuk orang yang tersayang. Tidak perlu risau jika anak-anak kecil menghidu wap dari rokok elektronik kerana ianya selamat dan tidak berbahaya dan bahan yang terdapat didalam rokok elektronik tidak boleh menyebabkan kanser atau penyakit-penyakit yang berat.
Setakat ini tiada bukti klinikal saintifik yang dapat mengesahkan bahawa rokok elektronik memudaratkan kesihatan. Ianya lebih murah berbanding tradisional rokok terutamanya selepas pembelian. Pengguna rokok elektronik boleh menyimpan sehingga 40% dalam rokok elektronik selepas menggunakannya untuk setahun. Ia adalah baik untuk kesihatan kerana ia tidak mengandungi sebarang tembakau. Nikotin  yang disedut ialah gas yang ditolak semua gas-gas toksid yang beracun. Kerana ia adalah bateri dikendalikan, tidak perlu membawa sebarang perlawanan atau lighters. Kartrij Rokok Elektronik adalah bersamaan 40 puntung rokok dan tidak busuk bau datang daripada mulut pengguna vape apabila menggunakannya . Ia datang dalam banyak perisa seperti lemon, Hilton, pisang, Rose yang memberi banyak pilihan untuk memilih.

Keburukan Rokok Elektronik untuk pelaburan awal yang seseorang perlu membuat satu kit rokok elektronik ini cukup tinggi. Rokok Elektronik masih tidak diluluskan oleh FDA (kami Pentadbiran makanan dan dadah. Rokok Elektronik adalah diharamkan di banyak negara. Beberapa daripada mereka adalah Thailand, Singapura, Finland dan Jordan. Pasaran semasa Rokok Elektronik adalah sekitar $50 juta dan meningkat pada kadar yang sangat tinggi. Semasa menggunakan rokok elektronik, pengguna tidak akan tahu berapa banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini kerana jika kita menghisap rokok sebenar kita akan berhenti jika abu rokok sudah habis, ini kerana rokok elektronik apabila di "charge" penuh akan bertahan selama 8 jam tanpa henti. Terlalu banyak kita sedut boleh menyebabkan kesan sampingan nikotin yang berlebihan dalam badan. Kandungan utama iaitu Nikotin dilihat tidak memberi impak negatif terhadap kesihatan. Seperti sedia maklum, Nikotin berfungsi sebagai agen yang menyebabkan ketagihan. Rokok elektronik menghasilkan asap atau wap yang banyak dan mungkin mengganggu orang sekitar. Tidak sesuai untuk penguna yang alah pada propelyne glycol (PG).Tanda alahan ialah bila sedut dengan liquid PG base gusi bengkak, gigi jadi sensitif. Golongan wanita dan juga pelajar sekolah sudah berani untuk menggunakan rokok elektronik. Asap rokok elektronik membuatkan orang sekitar berasa tidak selesa. Penggunaan rokok elektonik mencetuskan masalah atau gejala sosial.

“ PUTRAJAYA: Pengguna shisha dan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape, dinasihatkan berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.
Bagaimanapun, menurut Dr Subramaniam ia ditangguhkan sementara bagi membolehkan kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil kira pandangan para anggota Parlimen.” Berikut adalah petikan dari  Astro Awani ,Bernama ,12 ogos 2015 yang bertajuk ‘Henti sementara penggunaan vape, shisha - Dr Subramaniam’ .

Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek yang menilai kajian Farsalinos mengesahkan vaping adalah 95 peratus lebih selamat daripada merokok.

"Vapers tidak terdedah kepada tahap formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, saya mendapati e-rokok sekurang-kurangnya 95% lebih selamat daripada merokok. Perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vaping," katanya. Persoalan adakah penggunaan rokok elektronik membahayakan kesihatan atau benar-benar dapat membantu mereka yang ingin meninggalkan rokok tembakau masih menjadi perdebatan para saintis dan pakar perubatan sedunia. Namun beberapa kajian perubatan terbaharu mula menunjukkan kesan positif penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vaping.' Kajian dikendalikan pakar kardiologi Dr Konstantinos Farsalinos yang melihat dengan lebih dekat bagaimana alat gantian tembakau yang semakin popular itu digunakan dalam situasi sebenar. Hasil kajian yang diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk "Addiction" mendapati e-rokok generasi ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan "ekstrem". Secara umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol, atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan bahan kimia perisa. Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan. Kajian Farsalinos mendapati apabila peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan menghasilkan wap kering atau "dry puff."  "Namun wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok, sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap 'vape' dalam keadaan berkenaan," katanya.Tambahnya, biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.

Kajian menunjukkan biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau. Malah ada kalangan perokok yang mendakwa kesihatan mereka bertambah baik selepas beralih kepada alat itu.

Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah. Dr Abdul Razak melihat perbezaan ketara antara rokok dan vape adalah kewujudan tar yang membahayakan kesihatan. "Kalau rokok biasa (tembakau) ini ada dua kandungan penting iaitu nikotin dan tar. Sebenarnya yang bahaya itu adalah tar yang menyebabkan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya."Bagi nikotin, fungsinya hanya ada satu sahaja, untuk menyebabkan ketagihan. Jadi kalau berbanding rokok, e-rokok memang ada kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa," jelasnya.
Namun di sebalik trend yang kian meningkat, tegas beliau, kurang kawal selia terhadap vaping dibimbangi mengundang masalah lain."Kebanyakan orang yang beli e-rokok ini, kita tidak tahu apa kandungannya, siapa pembuatnya dan apa yang dimasukkan dalam kartrij berkenaan."Ada orang cakap boleh masuk syabu, ganja, dadah lain untuk bagi dia ketagih dan mungkin juga ada perisa-perisa yang berbahaya pada jangka masa panjang. Itu yang kami bimbang sekarang," kata Dr Abdul Razak. Berdasarkan kaji selidik Factsasia.org, 83 peratus perokok di Malaysia menyifatkan e-rokok sebagai alternatif lebih baik berbanding rokok dan ingin melihat penggunaan produk itu dikawal selia selain mahu akses lebih meluas kepada produk berkenaan.

Selain itu, berikut adalah pelbagai pandangan pakar :

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
6) Rokok elektronik adalah satu alat yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair bagi menghasilkan wap. Baru-baru ini, laporan media mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir penghisap rokok elektronik. Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementerian juga tidak menggalakkan mana-mana pihak untuk menanam ketum sebagai sumber ekonomi kerana ia membawa kepada masalah sosial yang besar dalam kalangan generasi muda.
"Contohnya murid sekolah campur air ketum dengan Coca Cola sebelum pergi ke sekolah. Di sekolah mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk mendapat pendidikan," katanya.  Cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi memasukkan takrifan baharu bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada sesi parlimen lepas.  


Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu. Ini mungkin kerana ramai vapours baru yang teruja menghisap vape di khalayak ramai sehingga mengganggu orang lain. Walaupun yang dihisap dan dihembus cuma wap, tetapi ramai yang berpendapat vapours masih tidak berhak untuk berbuat sedemikian sesuka hati di merata-rata tempat, apatah lagi jika ada anak kecil berhampiran.Dan masih ramai berpendapat yang perlakuan vaping ini adalah sama seperti merokok, jadi jika vaping di kawasan dilarang merokok, mereka tetap dianggap melanggar peraturan.Selain daripada itu, dikhabarkan bahawa golongan penjual vape ini suka cari pasal. Jangan begitu. Kan elok kalau vape tu sekadar suka-suka saja, tak perlu serius dan riak sangat okay?Kesimpulannya, walau apa pun yang kita lakukan jika diamalkan kesederhanaan pasti tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan. Jadi beringatlah.


2 comments:

  1. Simply respecting your work and considering how you dealt with this web journal so well. It's remarkable to the point that I can't stand to not experience this significant data at whatever point I surf the web! 🔑 JUSTFOG

    ReplyDelete
  2. I was satisfied to discover this site.I needed to thank you for this incredible read!! I unquestionably getting a charge out of each and every piece of it and I have you bookmarked to look at new stuff you post. moon rocks for sale California

    ReplyDelete