Monday 19 October 2015

MEKAH METRO

Keretapi laju dari Mekah ke Madinah telah di buka dgn rasminya.
Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Makkah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.
“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011).
Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta penyelenggaraan.Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun.Untuk laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Rel keretapi ini ialah sepanjang 444 kilometer juga akan memiliki fasiliti kesihatan.


MAKKAH – JEDDAH (65 km)
JEDDAH – RABIGH(150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)

Dengan keretapi laju ini masa perjalanan Jeddah-Mekah ialah dalam setengah jam dan jarak Madinah-Jedah dua jam. Sekarang ini masa perjalanan dari Jeddah-Mekah selama satu hingga 1.5 jam, masa perjalanan Mekah-Madinah ialah antara empat sehingga lima jam. Manakala masa perjalanan dari Jeddah-Madinah ialah lebih kurang enam sehingga tujuh jam.

Laluan keretapi laju Haramain ini akan memiliki stesyen di Mekah, Madinah, Jeddah, Rabigh, dan King Abdullah Economic City (KAEC), Jeddah.Tetapi belum ada kepastian apakah laluan keretapi laju Haramain ini boleh digunakan oleh jemaah haji atau tidak. Yang pasti jika dapat digunakan jemaah haji, maka keretapi ini akan menjimatkan banyak masa perjalanan berbanding menggunakan bas selama ini.
Ada juga terengar suara-suara yang mengatakan haji sekarang susah nak mendapat haji yang mabrur. Ini kerana menunaikan haji pada zaman sekarang sudah tidak semencabar dahulu, jika dahulu tawaf hanya setingkat sehingga sesak, sekarang sudah ada tiga tingkat kalau saya tidak silap. Tempat melontar jamrah pun sudah bertingkat-tingkat,tempat bersaie antara Bukit Safa dan Marwah pun sudah ada lorong pergi dan balik.

Ada kebaikan pembangunan yang pesat di Arab Saudi yang memudahkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan rukun Islam kelima ini. Bagi yang banyak rezeki, hotel berkelas lima enam bintang tersedia di bina hampir sekali dengan Kaabah. Tambahan, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa umat Islam yang ingin menggunakan keretapi metro pertama Mekah untuk program ziarah akan harus membayar SR250 untuk harga tiket yang akan memberi perkhidmatan mereka selama tujuh hari. Keretapi Metro ini dikatakan akan beroperasi bulan depan iaitu apabila jemaah Haji tahun ini selesai menunaikan Haji.
Tiga jenis tiket akan merangkumi semua tempat suci di Mekah dan akan membolehkan para peziarah untuk naik kereta api ke bandar untuk melakukan amalan mereka sebelum kembali ke tempat tinggal mereka di dalam atau di luar bandar, menurut akhbar PAKEM , mengutip kata Habib Zain Alabidin, wakil di Saudi Kementerian Hal Ehwal Bandar.
“Harga tiket telah ditetapkan sebanyak SR250 (US$67/RM201.00) yang akan merangkumi perjalanan penuh ke dalam dan keluar dari Mekah selama tujuh hari … tiket lain adalah harga SR100 (US$ 27/RM81.00) selama empat hari,” katanya.
Para pegawai mengatakan kereta api tersebut mempunyai kapasiti seramai 170,000 penumpang dalam fasa pertama dan dua juta apabila fasa ketiga dan terakhir selesai. Arab Saudi telah memperuntukkan hampir SR6.7 bilion (US$ 1.8 bilion /RM5.4 billion) untuk metro tersebut, perkhidmatan secara berterusan yang bermula bulan depan untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah. Para pegawai berharap projek untuk sebahagian besar menyumbang mengurangkan kesesakan jalan disebabkan oleh kereta berhampiran Makkah.


Projek ini merupakan sebahagian daripada program mahal oleh Arab Saudi untuk mengatasi kesesakan lalu lintas teruk di dalam dan sekitar bandar dan memudahkan akses kepada semua tempat-tempat suci di Mekah. Lebih dari dua juta umat Islam ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji. Projek kereta api, bermula tiga tahun lalu yang mana China Railway Construction Corp, sebahagian daripada konsortium Saudi-Perancis-China yang memenangi kontrak, telah melaksanakan projek ini, yang melibatkan hampir 5,000 pekerja. Sistem Keretapi ini adalah kedua di negara Teluk.

Laman web Arab News melaporkan Gabenor Mekah, Putera Mishaal yang memantau perkembangan projek tersebut di Rusaifa berkata, usaha berterusan kerajaan dilakukan bagi memudahkan jemaah dari seluruh dunia menunaikan ibadah umrah dan haji. Perkhidmatan kereta api yang mempunyai landasan sepanjang 450 kilometer itu apabila siap kelak akan melalui tiga kawasan utama iaitu Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan bandar ekonomi, Rabigh. Projek tersebut memiliki lima buah stesen dengan stesen utamanya terletak di Mekah yang turut dilengkapi dengan sebuah masjid yang boleh menampung 600 jemaah, kawasan pendaratan helikopter dan lebih 500 tempat letak kereta. Sistem pengangkutan berkenaan dijangka mampu membawa lebih 20 juta penumpang termasuk jemaah umrah dan haji setiap tahun.
Projek mega HHSR bernilai kira-kira 30.8 bilion riyal (RM28.6 bilion) itu menghubungkan dua kota suci utama umat Islam, Makkah dan Madinah menerusi terminal induk di Jeddah dengan jarak panjang 450 kilometer serta meliputi empat buah stesen persinggahan. Pemerintah Arab Saudi menandatangani perjanjian tiga tahun lalu dengan Oger yang disertai empat firma terbesar Sepanyol iaitu pengendali operasi kereta api kebangsaan, Adif, pengeluar tren Talgo, syarikat teknologi rel Indra dan firma pembinaan landasan OHL.

Menerusi perjanjian itu, Sepanyol akan membekalkan 35 set kereta api laju dan kontrak penyelenggaraan selama 12 tahun manakala syarikat tempatan Al-Rajhi Alliance yang memenangi bida pada 2009 bakal menyiapkan jambatan dan kerja-kerja berkaitan.
Mula dibina sejak 2009 lalu, projek tren moden berkuasa elektrik dengan landasan berkembar itu apabila beroperasi kelak mampu membawa sehingga 150,000 penumpang setiap hari serta mampu memecut had kelajuan maksimum 300 kilometer sejam. Sepanyol pengeluar terbaik sistem tren laju di dunia bahkan teknologi kereta api negara itu lebih canggih berbanding jirannya, Perancis, turut terlibat dalam projek rel ringan Metro Riyadh bernilai 84.4 bilion riyal (RM78.3 bilion) di ibu kota Arab Saudi itu. Kereta api berkelajuan tinggi Haramain akan menggantikan khidmat kebanyakan operasi bas ekspres yang membawa para jemaah haji dan umrah antara kota suci Makkah dan Madinah, menjelang Disember 2016.

Setiap kereta api akan mempunyai 15 gerabak termasuk tiga gerabak kelas pertama. Tren buatan Sepanyol itu mampu menghubungkan dua bandar raya tersebut dalam masa 90 minit merentasi landasan sejauh 450 kilometer. Kerja-kerja pembinaan akhir bagi operasi perkhidmatan kereta api laju Haramain itu pun sudah selesai dijalankan di stesen-stesen utama termasuk di Madinah dan Bandar Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh dekat Makkah. Manakala kerja-kerja di stesen-stesen kereta api di tanah suci Makkah dan Jeddah pula hampir selesai, menurut pegawai tersebut. Tren Haramain itu mampu bergerak pada kelajuan maksimum mencecah 360 kilometer sejam.
Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini giat melakukan latihan simulasi 24 jam bagi memastikan kelancaran operasi kereta api Makkah Metro, yang dijangka digunakan lebih dua juta jemaah haji. Sebanyak 423 petugas Malaysia daripada Prasarana, Express Rail Link (ERL) dan Kereta api Tanah Melayu akan memimpin lebih 7,000 pekerja tempatan bagi melaksanakan operasi tren, yang menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah, yang merupakan lokasi-lokasi rukun dan wajib dalam menyempurnakan ibadat haji.
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan mengendalikan operasi perkhidmatan kereta api Metro Line menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina mulai musim haji 2015, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata syarikat Malaysia itu menggunakan tenaga kerja lebih 7,000 pekerja dengan 300 daripadanya adalah rakyat Malaysia. Prasarana dilantik sebagai pengendali untuk Jeddah-Metro Jeddah dan berharap pada masa akan datang dapat mengendalikan perkhidmatan Monorel. Prasarana juga sedang meneliti peluang dalam penyediaan infrastruktur di Qatar sebagai persediaan negara itu mengendalikan pertandingan bola sepak Piala Dunia pada 2018.
Sebelum ini, Prasarana memenangi bida sebagai 'pengendali bayangan' bagi Fasa Pertama Metro Program Pengangkutan Awam Mekah (Mekah Metro).Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata sebagai pengendali bayangan, Prasarana akan menyediakan perkhidmatan rundingan dalam bidang pengendalian dan penyelenggaraan kepada Syarikat Transit Rel Massa Makkah semasa pembinaan Fasa Pertama Mekah Metro. Pembinaan itu meliputi 2 jajaran dengan 22 stesen di sepanjang 45.1km termasuk 24.9km rangkaian rel bawah tanah.


1 comment: