Personal Vaporizer dikenal
dengan pelbagai sebutan iaitu rokok elektrik, shisha elektrik, shisha pen. Personal
Vaporizer telah mengalami perkembangan yang sangat jauh dari rokok elektrik
yang kita kenal pada awal mula booming sekitar tahun
2008-2010. Isi dari Personal Vaporizer adalah alat dimana cairan e-liquid
khusus diubah menjadi wap yang dapat dihisap, menimbulkan kesan seolah-olah
kita sedang merokok.
E-cig dan vape adalah dua benda yang sama, cuma berbeza
dari segi saiz dan kelebihan modifikasi. Kedua-duanya berfungsi sebagai rokok
elektronik yang biasanya digunakan untuk mereka yang ingin berhenti menghisap
rokok.Tiada bahan yang dibakar semasa vapour menghisap vape,
berbanding perokok yang harus membakar tembakau. Sebaliknya yang dihisap dan
dihembus adalah wap dari cecair nikotin yang disimpan dalam rokok elektronik
itu.Selain itu, e-cig lebih simple untuk digunakan
tetapi bentuk dan kandungannya tak
ada modifikasi. Sebab itu kini ramai beralih arah kepada vape kerana
mahu kebebasan modified vape masing-masing.
-
Empat komponen utama dalam vape ialah tank,
atomizer, liquid dan mod. Tank atau
tangki adalah tempat penyimpanan cecair (liquid) yang akan menghasilkan
wap apabila disedut dan dihembus. Atomizer berfungsi seperti
"dapur" yang akan memanaskan e-liquid sehingga ia
menghasilkan wap. Atomizer biasanya
diganti tiga bulan sekali. Dalam atomizer terdapat
lingkaran atau coil yang
menggunakan benang filamen seperti bola lampu pijar atau mentol yang disebut
sebagai wick dan akan habis terbakar jika terus menerus
digunakan.
Mod paling ringkas ialah mechanical mod yang
berbentuk seperti pen dan tidak memiliki fungsi dan komponen elektronik yang
lain selain dari bertindak sebagai bateri atau sumber tenaga. Tetapi mod yang popular sudah
tentulah box mod yang kebiasaan nya digunakan oleh remaja
masa kini. Vape dalam pelbagai bentuk bersaiz sama seperti portable
charger, itulah vape dengan fungsi box mod.
Ruang ekstra yang disediakan dari bentuk kotak ini akan memberikan pengguna
kebebasan untuk meletakkan fungsi tambahan seperti alat untuk mengawal
wap, digital screen ataupun bateri tambahan. Secara
ringkasnya, mod merupakan tempat simpanan bateri dan sumber
tenaga untukvape. Vape menggunakan bateri tersendiri dan ia
penting sebagai sumber tenaga kerana tanpa bateri, vape tidak
akan berfungsi. Bateri vape yang dipilih harus bersesuaian
dengan keseluruhan vape yang digunakan, iaitu jumlah miliampere (mAH)
danamperage (A). Semakin besar mAH, semakin lamalah vape boleh
digunakan.
.
E-liquid atau
juga dipanggil e-juice ialah cecair yang akan menghasilkan wap
yang disedut dan dihembus oleh vapour. E-liquid disimpan
di dalam tangki dan terdiri dari empat bahan utama iaitu air, Propylene glycol (PG) atau gliserin nabati (VG /
Vegetable Glycerin), nikotin dan pemberi aroma/perasa/bumbu/flavoring. Dengan kata lain, rasa "sedap" yang
dinikmati mereka yang menghisap vape ini semuanya datang
dari e-liquid. Pelbagai perisa boleh didapati di pasaran. Antaranya
perisa milo ais, sirap dan
sebagainya.
Rokok elektronik mempunyai kebaikannya
yang tersendiri. Rokok elektronik atau e-Cigarette merupakan pilihan alternatif
bagi menggantikan rokok sebenar. Bukan sahaja langkah 'tukar' ini mampu memberi
manfaat pada diri sendiri malah orang-orang yang berada disekeliling, akibat
kesan pelbagai kandungan bahan-bahan yang merbahaya dalam rokok sebenar yang
mengancam kesihatan. Ini adalah satu cara yang sihat dan selamat menikmati
rokok. Ia menghindar atau kurangkan kesan sampingan. Rokok elektronik juga tidak
mengaratkan gigi dan menghitamkan bibir. Rokok elektronik mengandungi nikotin
yang tidak membahayakan kesihatan kerana ianya tidak bercampur dengan
bahan-bahan kimia seperti CARCINOGENS, TEMBAKAU, TAR, KARBON MONOKSIDA, SISA
ABU, BAU BUSUK. Tiada kesan terhadap Smoke Detector (pengesan asap) oleh kerana
E-Cigarette hanya mengeluarkan wap air yang seakan-akan asap sebenar. Variasi
perasa (dunhill, marlboro dll ) seperti rokok sebenar dan menjimatkan wang
sehinga 80% sebulan. Kebaikan lain rokok elektronik ialah mengurangkan atau
menghentikan terus kadar pengambilan rokok sebenar. Selain itu, ia boleh
menikmatinya ketika memandu kerana tidak perlu buka tingkap. Tiada masalah
menghisapnya di ruangan berpenghawa dingin. Menghisap di tempat awam atau
tempat larangan merokok juga tidak menjadi masalah. Baju tidak lagi berbau
rokok dan bau mulut tidak lagi busuk. Selain itu, Electronic-Cigarette (rokok elektronik) juga
sesuai dibuat cenderahati untuk orang yang tersayang. Tidak perlu risau jika
anak-anak kecil menghidu wap dari rokok elektronik kerana ianya selamat dan
tidak berbahaya dan bahan yang terdapat didalam rokok elektronik tidak boleh
menyebabkan kanser atau penyakit-penyakit yang berat.
Setakat ini tiada bukti klinikal saintifik yang dapat mengesahkan bahawa
rokok elektronik memudaratkan kesihatan. Ianya lebih murah berbanding
tradisional rokok terutamanya selepas pembelian. Pengguna rokok elektronik boleh
menyimpan sehingga 40% dalam rokok elektronik selepas menggunakannya untuk setahun.
Ia adalah baik untuk kesihatan kerana ia tidak mengandungi sebarang tembakau. Nikotin
yang disedut ialah gas yang ditolak
semua gas-gas toksid yang beracun. Kerana ia adalah bateri dikendalikan, tidak
perlu membawa sebarang perlawanan atau lighters. Kartrij Rokok Elektronik adalah
bersamaan 40 puntung rokok dan tidak busuk bau datang daripada mulut pengguna
vape apabila menggunakannya . Ia datang dalam banyak perisa seperti lemon,
Hilton, pisang, Rose yang memberi banyak pilihan untuk memilih.
Keburukan Rokok Elektronik
untuk pelaburan awal yang seseorang perlu membuat satu kit rokok elektronik ini
cukup tinggi. Rokok Elektronik masih tidak diluluskan oleh FDA (kami
Pentadbiran makanan dan dadah. Rokok Elektronik adalah diharamkan di banyak
negara. Beberapa daripada mereka adalah Thailand, Singapura, Finland dan Jordan.
Pasaran semasa Rokok Elektronik adalah sekitar $50 juta dan meningkat pada
kadar yang sangat tinggi. Semasa menggunakan rokok elektronik, pengguna tidak
akan tahu berapa banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini
kerana jika kita menghisap rokok sebenar kita akan berhenti jika abu rokok
sudah habis, ini kerana rokok elektronik apabila di "charge" penuh
akan bertahan selama 8 jam tanpa henti. Terlalu banyak kita sedut boleh menyebabkan
kesan sampingan nikotin yang berlebihan dalam badan. Kandungan utama iaitu
Nikotin dilihat tidak memberi impak negatif terhadap kesihatan. Seperti sedia
maklum, Nikotin berfungsi sebagai agen yang menyebabkan ketagihan. Rokok
elektronik menghasilkan asap atau wap yang banyak dan mungkin mengganggu orang
sekitar. Tidak sesuai untuk penguna yang alah pada propelyne glycol (PG).Tanda
alahan ialah bila sedut dengan liquid PG base gusi bengkak, gigi jadi sensitif.
Golongan wanita dan juga pelajar sekolah sudah berani untuk menggunakan rokok
elektronik. Asap rokok elektronik membuatkan orang sekitar berasa tidak selesa.
Penggunaan rokok elektonik mencetuskan masalah atau gejala sosial.
“ PUTRAJAYA:
Pengguna shisha dan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape,
dinasihatkan berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai
risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.
Bagaimanapun, menurut Dr Subramaniam ia ditangguhkan
sementara bagi membolehkan kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil kira pandangan para anggota
Parlimen.” Berikut adalah petikan dari
Astro Awani ,Bernama ,12 ogos 2015 yang bertajuk ‘Henti sementara
penggunaan vape, shisha - Dr Subramaniam’ .
Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts
And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek yang menilai
kajian Farsalinos mengesahkan vaping adalah 95 peratus lebih
selamat daripada merokok.
"Vapers tidak terdedah kepada tahap
formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, saya
mendapati e-rokok sekurang-kurangnya 95% lebih selamat daripada merokok.
Perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vaping," katanya.
Persoalan adakah penggunaan rokok elektronik membahayakan kesihatan atau
benar-benar dapat membantu mereka yang ingin meninggalkan rokok tembakau masih
menjadi perdebatan para saintis dan pakar perubatan sedunia. Namun beberapa
kajian perubatan terbaharu mula menunjukkan kesan positif penggunaan rokok
elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vaping.' Kajian dikendalikan pakar
kardiologi Dr Konstantinos Farsalinos yang melihat dengan lebih dekat bagaimana
alat gantian tembakau yang semakin popular itu digunakan dalam situasi sebenar.
Hasil kajian yang diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015
bertajuk "Addiction" mendapati e-rokok generasi ketiga
(peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan
formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan
"ekstrem". Secara umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada
propilena glikol, gliserol, atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan
bahan kimia perisa. Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena
glikol dan gliserol ketika pengewapan. Kajian Farsalinos mendapati apabila
peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan menghasilkan wap kering
atau "dry puff." "Namun
wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok,
sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap 'vape' dalam keadaan
berkenaan," katanya.Tambahnya, biarpun formaldehid turut dibebaskan
menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.
Kajian menunjukkan biarpun formaldehid turut
dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok
tembakau. Malah ada kalangan perokok yang mendakwa kesihatan mereka bertambah
baik selepas beralih kepada alat itu.
Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan
Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang
rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada
rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah. Dr Abdul Razak
melihat perbezaan ketara antara rokok dan vape adalah
kewujudan tar yang membahayakan kesihatan. "Kalau rokok biasa (tembakau)
ini ada dua kandungan penting iaitu nikotin dan tar. Sebenarnya yang bahaya itu
adalah tar yang menyebabkan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit
jantung dan sebagainya."Bagi nikotin, fungsinya hanya ada satu sahaja,
untuk menyebabkan ketagihan. Jadi kalau berbanding rokok, e-rokok memang ada
kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan
lain seperti formaldehid, glikol dan perisa," jelasnya.
Namun di sebalik trend yang kian meningkat, tegas
beliau, kurang kawal selia terhadap vaping dibimbangi mengundang
masalah lain."Kebanyakan orang yang beli e-rokok ini, kita tidak tahu apa
kandungannya, siapa pembuatnya dan apa yang dimasukkan dalam kartrij berkenaan."Ada
orang cakap boleh masuk syabu, ganja, dadah lain untuk bagi dia ketagih dan
mungkin juga ada perisa-perisa yang berbahaya pada jangka masa panjang. Itu
yang kami bimbang sekarang," kata Dr Abdul Razak. Berdasarkan kaji selidik
Factsasia.org, 83 peratus perokok di Malaysia menyifatkan e-rokok sebagai
alternatif lebih baik berbanding rokok dan ingin melihat penggunaan produk itu
dikawal selia selain mahu akses lebih meluas kepada produk berkenaan.
Selain itu, berikut adalah pelbagai pandangan pakar :
1) Dr Zakaria
Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan
glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan
mereka bahaya.
2) Dr
Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok
tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya
mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak
digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston
University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik
adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok
berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok
elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok
elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin)
yang sedia ada”.
4) Dr
Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan
“Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau….
Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada
menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan
menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk
kesihatan.”
5) American Association
of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada
orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok
di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan
tembakau dalam masa 20 tahun.”
6) Rokok elektronik adalah satu alat yang mensimulasi
atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik
yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan
memanaskan cecair bagi menghasilkan wap. Baru-baru ini, laporan media
mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengadun sendiri perisa ganja
dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir penghisap rokok elektronik. Sementara
itu, Dr Subramaniam berkata kementerian juga tidak menggalakkan mana-mana pihak
untuk menanam ketum sebagai sumber ekonomi kerana ia membawa kepada masalah
sosial yang besar dalam kalangan generasi muda.
"Contohnya murid sekolah campur air ketum dengan Coca Cola sebelum pergi ke sekolah. Di sekolah mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk mendapat pendidikan," katanya. Cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi memasukkan takrifan baharu bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada sesi parlimen lepas.
"Contohnya murid sekolah campur air ketum dengan Coca Cola sebelum pergi ke sekolah. Di sekolah mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk mendapat pendidikan," katanya. Cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi memasukkan takrifan baharu bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada sesi parlimen lepas.
Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan
ia sebagai fesyen baharu. Ini mungkin kerana ramai vapours baru
yang teruja menghisap vape di khalayak ramai sehingga
mengganggu orang lain. Walaupun yang dihisap dan dihembus cuma wap, tetapi
ramai yang berpendapat vapours masih tidak berhak untuk
berbuat sedemikian sesuka hati di merata-rata tempat, apatah lagi jika ada anak
kecil berhampiran.Dan masih ramai berpendapat yang perlakuan vaping ini
adalah sama seperti merokok, jadi jika vaping di kawasan
dilarang merokok, mereka tetap dianggap melanggar peraturan.Selain daripada
itu, dikhabarkan bahawa golongan penjual vape ini suka
cari pasal. Jangan begitu. Kan elok kalau vape tu sekadar
suka-suka saja, tak perlu serius dan riak sangat okay?Kesimpulannya,
walau apa pun yang kita lakukan jika diamalkan kesederhanaan pasti tidak akan
mendatangkan sebarang kemudaratan. Jadi beringatlah.
Simply respecting your work and considering how you dealt with this web journal so well. It's remarkable to the point that I can't stand to not experience this significant data at whatever point I surf the web! 🔑 JUSTFOG
ReplyDeleteI was satisfied to discover this site.I needed to thank you for this incredible read!! I unquestionably getting a charge out of each and every piece of it and I have you bookmarked to look at new stuff you post. moon rocks for sale California
ReplyDelete