Zaman berubah amat pantas. Sepantas maklumat yang kita
terima dalam masa beberapa saat sahaja di hujung jari. Di Era Informasi ini,
setiap individu juga harus pantas. Pantas merebut peluang-peluang yang ada di
hadapan. Pantas berfikir. Pantas bertindak. Khas untuk para graduan yang telah lama menanam ‘Pokok
Anggur’ di rumah, juga kepada yang baru sahaja habis belajar. Satu realiti yang
harus diterima adalah 53,000 graduan tidak mendapat tempat pekerjaan selepas 6
bulan habis belajar (Bajet, 2015). Tidak seperti era
70-an, 80-an dulu, sesiapa graduan yang baru tamat belajar. Pekerjaan sedia
menanti. Tapi sekarang tidak berlaku seperti dulu. Graduan itu sendiri ke hulu
ke hilir membawa resume beserta sijil-sijil kecemerlangan di Universiti. Hadir
ke temuduga entah berapa kali, namun masih tidak berjaya. Hanya segelintir
sahaja yang bernasib naik, ‘fresh graduate’ yang bernasib baik terus mendapat
pekerjaan sebaik tamat pengajian. Seramai 216,048 (56%) graduan universiti menganggur daripada 385,800 penganggur di Malaysia. Apakah punca & masalahnya?
Berpelajaran tetapi tiada jawatan
kosong dan pekerjaan. Itulah ungkapan yang sesuai dengan nasib para graduan
yang keluar berpuluh ribu saban tahun. Yang mana pencapaian agak sederhana,
keluar sahaja tempoh pengajian selama lebih 3 tahun dan ke atas contohnya,
keluar-keluar sahaja sudah memikul hutang sekurang RM15,000 dan ke atas
berdasarkan kos di tempat pengajian masing-masing yang mereka pernah turunkan tandatangan akur janji sebelum ini.
Malangnya, “mimpi indah” yang
diharapkan di kalangan anak muda dan graduan universiti bagi mengisi jawatan
kosong secepat mungkin, sebenarnya tidak semudah yang mereka sangkakan.
Berdasarkan kajian yang dihasilkan oleh sebuah syarikat
Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd melalui pengurusnya Sam Haggang
mendapati 3 daripada 5 graduan universiti akan mengambil masa lebih daripada 6 bulan
bagi mengisi jawatan kosong yang ada di Malaysia. Manakala 40% yang lain,
mengambil masa lebih lama untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Walaubagaimanapun, hasil kajian yang dihasilkan oleh
Jobstreet menunjukkan di sini terdapat beberapa faktor menyebabkan ramai
graduan universiti di luar yang masih menganggur. Antara puncanya ialah masalah
penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah : 56%, masalah sikap dalam diri yang
teruk : 37%, mengharapkan gaji yang tidak realistik : 33%, kemahiran yang ada
tidak berpadanan dengan kehendak pasaran : 30%, terlalu memilih kerja dan
syarikat : 28%, tiada kemahiran menyelesaikan masalah : 26%, tahap pengetahuan
yang lemah : 24%
Kebanyakkan majikan mahukan pekerja
yang ada intergriti dan jujur, mampu memberikan hasil kerja dan kualiti
perkhidmatan yang terbaik, berkebolehan berkomunikasi dengan efektif, dapat
memastikan kepuasan pelanggan syarikat ditahap yang terbaik, memiliki motivasi
yang tinggi, mampu melakukan kerja dan tugasan yang diberikan tanpa terlalu
bergantung harap dengan orang lain. Melihatkan kepada faktor masalah graduan universiti
menganggur yang semakin bertambah saban tahun ditambah dengan kehendak majikan
hari ini, terdapat “masalah yang terus bernanah” yang masih belum mampu
dirawati sehingga ke hari ini kepada kalangan anak muda. Malah Kementerian
Pengajian Tinggi sebelum ini telah mengariskan beberapa masalah yang perlu
diselesaikan segera bagi meningkat tahap mutu pendidikan di Malaysia antaranya 93%
daripada pemohon Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPG) berada di bawah tahap pencapaian minimum dalam akademik pada tahun 2010, 67%
daripada guru-guru yang menduduki ujian “Cambridge Palcement Test” gagal
mencapai tahap penguasaa yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris pada
tahun 2012, 50% daripada pengajaran hanya memfokuskan kepada pemahaman
kandungan yang agak minimum berbanding mengalakkan anak murid berfikir secara
kritis
Jumlah keseluruhan bilangan Institusi Awam dan Swasta adalah 238 buah dengan 9,028 program
samaada Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PHD. Jumlah ini
belum didarab dengan jumlah GRADUAN yang bergraduasi pada setiap tahun bagi
setiap institusi. Serta belum ditambah dengan bilangan graduan yang masih belum
mendapat pekerjaan pada tahun-tahun sebelumnya. Apa yang penting adalah semua graduan dapat mengembangkan
potensi diri dan membuat perubahan dramatik dalam hidup. Menteri Pendidikan 11,
Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan bahawa graduan disaran CIPTA PELUANG
pekerjaan sendiri berdasarkan ilmu yang diperolehi (Berita Harian, 2 April
2015). Idris berkata demikian apabila disoal mengenai bilangan graduan yang
melebihi peluang pekerjaan sehingga menyukarkan mereka mencari pekerjaan.
Malahan, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia- Pendidikan Tinggi yang
mempunyai 10 lonjakan baru, turut menekankan aspek keusahawanan, selain mahu
melahirkan graduan yang holistik dan berimbang. Siswazah
yang telah enam bulan menamatkan pengajian adalah antara 400,000 penganggur
yang menjadi fokus kerajaan dan syarikat swasta untuk diberi sokongan dan
bantuan mendapatkan pekerjaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdul Wahid Omar berkata, kumpulan siswazah tersebut juga termasuk dalam
kalangan 161,000 orang atau 8.8 peratus belia berusia antara 20 dan 24 tahun
yang masih belum mendapat pekerjaan. Kerajaan melalui Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M) sedang menyusun strategi meningkatkan program bagi membantu kumpulan
belia termasuk siswazah terbabit untuk keluar bekerja.
Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh
bahawa pengajian tinggi Malaysia bertaraf dunia bersifat ‘syok sendiri’ kerana
hakikatnya kadar pengangguran graduan IPT Malaysia sangat tinggi kerana kurang
kemahiran. Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi
mereka tidak tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat
beberapa agensi usahawan yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang
berminat memilih keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka
juga boleh memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka
menceburi bidang pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga
memperolehi hasil dan menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan
kerja kosong tidak ada tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan
graduan menyebabkan pekerjaan itu tidak dapat diisi.
Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku
sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya
persendirian atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang
keusahawanan yang boleh membantu menggerakan ekonomi di samping dapat
berperanan memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan
mahasiswa menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan
keusahawanan begitu luas. Pihak swasta
selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik, ini kerana
kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru akan membelanjakan wang
banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah syarikat pada masa itu.
Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berkomunikasi serta
cemerlang dalam pelajaran dan korikulum.
Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai
masalah kepada diri pelajar itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Contohnya apabila seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai
wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah
untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi
undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan
risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana
seseorang itu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya
pekerjaan.
Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan program sekolah
atau universiti kerjaya dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau
perancangan tegas kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam
atau swasta kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain
lagi. Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah
atau IPT perlu memilih bidang pengajian yang boleh disesuaikan dengan
penawaran kerja di pasaran. Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah
golongan penganggur, tetapi pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran “lebih
baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai” harus dibuang jauh-jauh dari
minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia
merugikan sektor yang memerlukan tenaga kerja.
Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris
untuk memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah
menaikan taraf pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa
Inggeris di kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran
semua rakyat Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak
berkomunikasi dan mempunyai keyakinan diri semasa berhadapan dengan orang
lain, jangan takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi dengan orang
berpangkat atasan. Pasaran pekerjaan adalah
tertakluk kepada permintaan dan penawaran. Ianya akan dipenuhi samada oleh
mereka yang telahpun berpengalaman ataupun yang baru keluar dari pusat-pusat
pengajian tinggi. Sepanjang tahun, maka ramailah graduan-graduan yang
berpusu-pusu menerjah ke jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta bagi
mempromosikan diri dari pelbagai pengkhususan samada ianya dari dalam mahupun
luar negara. Lambakan para graduan ini tidak dapat ditampung oleh sektor pekerjaan.
Malahan dalam setahun dua ini keadaan mungkin bertambah lebih rumit kerana
dasar pelanjutan umur persaraan sehingga 60 tahun mula dilaksanakan. Jika yang
sepatutnya telah bersara tetapi masih lagi menduduki jawatannya, manakan ada
jawatan kosong untuk diisi oleh orang lain. Di setengah-setengah perjawatan
dalam perkhidmatan awam memang telah melaksanakan pengambilan terhad.
Dalam kajian-kajian yang dibuat
oleh universiti-universiti mengenai kebolehpasaran siswazah masing-masing saban
tahun, malah kajian yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi turut
menunjukkan tidak selarinya antara penawaran dan permintaan. Hasil kajian berkenaan menunjukkan sebahagian besar
graduan masing-masing berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selain
ramai graduan memperoleh pekerjaan selepas saja menamatkan pengajian mereka.
Namun ramai juga yang masih menganggur walaupun telah setahun menapak keluar
dari menara gading. Persoalan juga ditimbulkan apabila
mereka menghadapi kesukaran memohon kerja lantaran pihak universiti begitu
lambat untuk mengeluarkan skrip keputusan peperiksaan dan penganugerahan
ijazah. Dalam pengalaman saya semasa menuntut di luar negara, kesemuanya akan
selesai tidak lama selepas peperiksaan terakhir. Tidak ada istilah harus
menunggu hampir setahun kemudian untuk konvokesyen maka barulah memperolehi
skrol ijazah. Maka para siswazah walaupun telah dikatakan
tamat pengajian tetapi tidak dapat menunjukkan bukti apabila memohon pekerjaan,
maka ramai yang terpaksa menggunakan sijil STPM ataupun SPM untuk mencari kerja
sementara.
Peluang pekerjaan pada peringkat ini juga kadang-kadang direbut oleh warga
asing khususnya dalam perkhidmatan hospitaliti, pelancongan, penyediaan dan
penjualan makanan. Akhirnya mereka yang menganggur bukan saja dipandang negatif
oleh masyarakat, malah memberi kesan emosi kepada individu berkenaan apatah
yang memiliki ijazah atau diploma. Mereka yang mengalami situasi ini pastinya
berasa tertekan.Sebenarnya pemilihan kursus dan keperluan gunatenaga
negara haruslah diberi penekanan sebelum seseorang pelajar itu mengikuti
sesuatu jurusan.
Pada 1 Jun
2011 Perdana Menteri telah melancarkan program Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M). Program ni bertujuan untuk membantu graduan yang menganggur untuk
mendapatkan kerja. Untuk fasa pertama 3,000 graduan akan mengikuti program itu manakala 5,000 graduan bakal
mengikuti program untuk fasa kedua. Dalam program SL1M ni
Bank Negara juga terlibat dalam fasa pertama. Perlaksanaan
Skim Latihan 1Malaysia ialah pertama, institusi pelaksana adalah terdiri
daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR, kedua,struktur program
latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6
bulan on-the-job training, ketiga, peserta yang tamat kursus akan
dibantu untuk mendapatkan pekerjaan, keempat, kriteria pemilihan peserta ialah
terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara
yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5 atau Pengambilan akan dibuat
secara berperingkat mulai bulan Julai 2011. Kumpulan sasaran adalah graduan
Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat
dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan
kelulusan (underemployed). Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam
laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil
bahagian. Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC
berkenaan.
Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka
sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
Kebanyakan mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang
tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan
graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan
status mereka sebagai bekas penuntut universiti. Mereka lebih sanggup
menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan lain yang dirasakan
kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada
menganggur. Pemikiran "lebih baik menganggur selagi tidak jumpa
kerja sesuai" perlu dibuang dari minda setiap graduan kerana ia bukan
sahaja merugikan mereka, malah merugikan sektor yang memerlukan tenaga
kerja. Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan
masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula
dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru ,
graduan tidak seharusnya terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk
kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap
seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri.
Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka rugi jika
hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu, mereka harus mempunyai
kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka haruslah berfikiran terbuka
dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak
kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang- senang kemudian,” dan satu lagi pepatah yang
mengatakan, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu daya
tak nak seribu dalih.”
menganggur...pergh sila ke blog saya www.rayflexs.blogspot.com
ReplyDelete